
hover to know Shahidah, 15. Malaysian, Muslim, Blogger. The seeker of mardhatillah. Love watermelon and berries. Needs Khilafah. Credits Background: 1 2 Image: tumblr Others: MyKhilafah |
◆
27 May 2012 ♥ 0 comment[s]
![]() Assalamualaikum. Lama sudah tak bercerita kat sini. Maklumlah, saya sibuk dengan exam. Sekarang dah cuti. Hari exam, sibuk sangat nak cuti. Bila tengah cuti, rasa rindu pula kat sekolah. Kat sekolah je, kawan-kawan tak berapa nak rindu. Cuma best friend je rindu. Hahaha. Cuti 2 hari (26,27 Mei) ni telah diisi dengan program yang sangat-sangat hebat. Semangat berkobar-kobar. Membara diri ni nak menggegar dunia. Ya, tu impian saya. Ramai saudara seIslam datang kat program tu. Asal jumpa sesiapa yang kat sana (perempuan) je senyum. Itulah namanya "saudara". Salah satu tujuan program tu adalah untuk mengeratkan lagi ukhuwah sesama kami semua. Kat sana, banyak benda yang saya dapat. Kat sana juga otak sentiasa berfikir dengan apa yang dikatakan oleh penceramah. Memang membangkitkan pemikiran dan terlampau semangat. Penat tu memang penat, tapi sangat best. Kalau lambat sampai kat dewan tempat yang kami lakukan aktiviti, pasti akan dikenakan denda. Dendanya denda yang sangat hebat. Dari situ kami diajar supaya sentiasa peka dengan masa dan mesti tepati masa. Pagi tadi pula ada qiyamullail. Solat tasbih mesti kena ada. Kalau korang tak pernah solat sunat tasbih, cubalah laksanakan walau sekali seumur hidup. Atau setahun sekali, atau sebulan sekali atau seminggu sekali. Sebenarnya banyak lagi perlu diceritakan. Tapi, saya rasa setakat ni sajalah. Malas nak cerita panjang-panjang. Wallahu'alam. |